fbpx

Penerbangan pertama bakal jemaah haji dijangka 21 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Penerbangan pertama bagi bakal jemaah haji dari Malaysia pada tahun ini dijangka berlepas pada 21 Mei depan, bersamaan 1 Zulkaedah 1444.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar berkata, berbanding tahun lalu, keputusan tarikh penghantaran pada tahun ini adalah berbeza disebabkan jumlah dan operasi jemaah akan kembali ke tahap normal seperti tahun sebelum Covid-19.

Katanya, ketika ini TH masih belum mengetahui jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji memandangkan pihaknya masih dalam proses merayu kuota tambahan daripada kerajaan Arab Saudi.

“Insya-Allah dengan tambahan kuota nanti, lebih ramai jemaah haji akan kita uruskan,” katanya pada sidang akhbar pengumuman agihan keuntuhan TH tahun 2022, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI