fbpx

Cuaca panas: Tangguh aktiviti luar bilik darjah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pihak sekolah perlu mengambil pendekatan menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah sekiranya keadaan cuaca panas bagi memastikan keselamatan pelajar terus terjaga.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, saranan itu merupakan antara tujuh langkah perlu dilaksanakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan di bawah KPM sebagai usaha pencegahan.

Katanya, antara langkah pencegahan lain termasuk memantau aktiviti yang mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

“Bagi kawasan yang bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.

“Selain itu, perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan di bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut KPM, semua murid juga digalakkan mengambil air minuman dalam kuantiti sesuai bagi mengawal suhu badan.

Katanya, murid-murid asrama harus dibekalkan air minuman sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.

“Sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.

“Semua institusi pendidikan bawah KPM dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.

Pada masa sama, KPM turut mengingatkan institusi pendidikan agar peka dengan perkembangan semasa mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI