fbpx

Laporan kes kematian strok haba di Kelantan diserah kepada Menteri Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini Hussin.

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sudah menyerahkan laporan mengenai kes kematian dua kanak-kanak yang diserang strok haba di negeri ini pada Selasa lalu kepada Menteri Kesihatan.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, Menteri Kesihatan akan mengeluarkan satu kenyataan media berhubung kejadian tersebut.

“Menteri Kesihatan mungkin akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes tersebut petang ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai akibat diserang strok haba di rumahnya di Kampung Perupok di sini pada Selasa lalu.

Mangsa, Muhamad Syamil Aqil, 11, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 9.27 pagi ketika menerima rawatan di sebuah klinik.

Ibu kanak-kanak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Wanie berkata, Muhamad Syamil yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI