fbpx

Murid, pelajar bergejala digalak pakai pelitup muka di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadlina(tengah) memegang plak program itu yang ditandanganinya di kediaman Nor Hamizah (empat kanan) Kampung Sijangkang, Kuala Langat, petang tadi.

KUALA LANGAT – Semua murid dan pelajar sekolah terutama yang bergejala Covid-19 digalakkan memakai pelitup muka  ketika pembukaan semula sesi persekolahan minggu depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya akan membuat penegasan mengenai prosedur operasi standard (SOP) seperti sebelum ini dan akan menambahbaiknya.

Kata beliau, pihaknya mengikuti syor Kementerian Kesihatan (KKM) dengan menggalakkan pemakaian pelitup muka terutama bagi pelajar bergejala dan berisiko.

“Kita akan mengeluarkan kenyataan mengenai SOP itu dalam tempoh terdekat sebelum sesi persekolahan dibuka.
“Ia antaranya penegasan berkaitan soal penjagaan diri dan membasuh tangan. Belum ada kewajiban (pelitup muka) setakat ini,” katanya ketika ditemui pada Program Raya Bersama Guru di Kampung Sijangkang di sini, petang tadi.

Semalam, KKM mengesyorkan pemakaian pelitup muka dilaksanakan semula di semua sekolah berikutan kebimbangan peningkatan kembali kes Covid-19 selain penularan varian baharu dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI