fbpx

‘Little Napoleon’ keruhkan hubungan dengan PM – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi bergambar bersama tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri MB Kedah di Alor Setar, Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa wujud ‘Little Napoleon’ dalam kalangan pegawai Perdana Menteri sekali gus mengeruhkan hubungannya dengan pemimpin itu.

Beliau mendakwa, kehadiran kelompok itu mengakibatkan insiden berkaitan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’2023); Majlis Kewangan Negara dan terbaharu, Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah pada Sabtu ini.

“Saya nak nasihat rakan-rakan saya di Pejabat Perdana Menteri (PMO) jangan jadi Little Napoleon. Little Napoleon jangan diberi tempat dalam pentadbiran. Kebanyakan kerja diuruskan oleh pegawai-pegawai ini yang diberi jolokan Little Napoleon.

“Saya tak benarkan ada Little Napoleon dalam pentadbiran saya tetapi saya nampak dalam pentadbiran Perdana Menteri ada Little Napoleon yang akan timbulkan perpecahan,” katanya pada sidang akhbar selepas Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah di sini hari ini.

Kata beliau, niat kumpulan pegawai itu mungkin bagus untuk membina ketuanya, namun ia boleh mencetuskan perkara tidak diingini.

“Macam kes saya di LIMA’2023, Majlis Kewangan Negara dan majlis hari raya, itu semua kerja Little Napoleon,  saya ikhlas cakap. Saya harap Perdana Menteri dapat mendengar suara saya dan Kalau tak sesuai tukarlah pegawai lain,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi turut mengibaratkan kelompok berkenaan sebagai ‘syaitan kecil’ yang menjadikan hubungan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan semakin memburuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI