fbpx

Siti Khadijah ‘stres’ sambut raya positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Khadijah tetap bersyukur dikelilingi keluarga pada hari raya biarpun disambut dalam keadaan tidak sihat akibat positif Covid-19.

PETALING JAYA – Ketika semua orang bergembira menyambut hari raya Aidilfitri, pelakon popular Siti Khadijah Halim pula harus ‘berkurung’ apabila disahkan positif Covid-19 pada malam hari raya pertama.

Siti, 26, mengalami simptom awal sebelum disahkan dijangkiti virus tersebut selepas bertemu ramai orang di pelbagai majlis beberapa hari menjelang Aidilfitri.

“Saya disahkan Covid-19 pada malam raya pertama dan sebelum ini memang sudah lama rasa simptom tekak tidak selesa, mungkin kerana berjumpa ramai orang pada bulan puasa.

“Sepanjang hari raya kedua pula, badan saya memang terasa sangat lemau sehingga mampu berbaring sahaja.

“Selepas hari berikutnya, tenaga mula kuat dan saya bangun. Nak tak nak saya harus makan untuk cepat sihat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Tambahnya, setiap tahun tradisi keluarga adalah untuk berkumpul beramai-ramai menyambut hari lebaran tetapi disebabkan tidak sihat, dia gagahkan jua untuk menghabiskan masa bersama.

“Stres juga apabila dapat tahu terkena Covid-19 kerana memang tradisi keluarga untuk berkumpul sehari sebelum 1 Syawal dan pada hari raya.

“Meskipun saya sudah mula sakit, saya tetap hadirkan diri juga untuk memeriahkan suasana di rumah sebelum mengetahui dijangkiti Covid-19.

“Namun, alhamdulillah kesemua ahli keluarga saya tidak terkena jangkitan virus tersebut,” ujarnya.

Bagaiamanapun, pelakon drama Ash & Aish itu bernasib baik apabila simptonnya tidak seteruk kali pertama terkena Covid-19 beberapa tahun lalu.

“Ini kali kedua saya terkena Covid-19 dan simptomnya sangat ringan berbanding semasa kali pertama dahulu.

“Saya cuma rasa selsema, sakit kepala dan batuk-batuk sahaja kali ini,” kata aktres itu.

Ditanya mengenai sambutan raya, selepas pulih dari Covid-19, Siti terus bertolak ke Melaka untuk beraya di kampung bersama sanak-saudara lain.

“Kuarantin sekarang memang hanya lima hari sahaja jadi selepas dapat tahu saya negatif, keluarga minta saya pulang ke kampung di Alor Gajah.

“Saya pergi Melaka balik hari sahaja untuk tunjuk muka kepada sanak saudara di kampung,” tuturnya.

Pada 18 April lalu, Kosmo! Online melaporkan peningkatan kes Covid-19 beberapa minggu lalu namun masih lagi terkawal. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI