fbpx

EPL: Klopp anggap masih belum ada jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MATIP (kiri) muncul wira Liverpool selepas meledak gol kemenangan ketika menewaskan West Ham awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengendali Li­ver­pool, Jurgen Klopp percaya kemenangan 2-1 ke atas West Ham United awal pagi semalam belum menjamin apa-apa buat pasukannya untuk mengejar kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris.

Walaupun impian pasukan adalah untuk menamatkan saingan di kedudukan terbaik, Klopp menjelaskan keutamaan sekarang adalah kepada prestasi sendiri tanpa terlalu memikirkan hasilnya di hujung musim.

“Saya tidak melihat kepada persaingan empat teratas dan kami belum berada di kedudukan untuk bersaing. Satu-satunya perkara yang kami boleh lakukan adalah memenangi perlawanan.

“Saya mahu kami menamatkan musim ini di kedudukan terbaik yang mampu memberikan sesuatu kepada pasukan tahun depan. Jika mampu ke saingan Eropah, ia sesuatu yang bagus, tetapi jika sebaliknya, kami harus menerima hakikat itu,” katanya.

Pada aksi di Stadium London itu, West Ham terlebih dahulu berada di depan menerusi Lucas Paqueta, namun The Reds mempamerkan kebangkitan dengan meraih gol penyamaan daripada Cody Gakpo sebelum Joel Matip meledak jaringan kemenangan.

Bagaimanapun, perlawanan ini turut dipalit kontroversi selepas jaringan Jarrod Bowen dibatalkan kerana ofsaid, malah West Ham dihimpit kekecewaan berganda apabila dinafikan sepakan penalti selepas bola didakwa terkena ta­ngan Thiago Alcantara.

“Saya mahu kami menunjukkan kemampuan sebenar dan saya begitu sukakan kualiti di babak pertama. Kami mengawal permainan dan saya cukup gemarkan situasi seperti ini.

“Saya juga ada terdengar dakwaan bola terkena tangan dan saya boleh faham kekecewaan Moyes, tetapi pada akhirnya, kami memang berhak untuk mendapat kemenangan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI