fbpx

Tetamu pecahkan meja tuan rumah ketika beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketika ingin membongkok badan bagi mengendalikan kamera tersebut, lelaki itu mengundur sedikit ke bahagian belakang, lantas dia terlanggar meja kaca lalu terduduk di atasnya. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan insiden seorang tetamu memecahkan meja kaca milik tuan rumah ketika datang beraya, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Video tersebut dimuat naik di laman TikTok. Ia menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita berdiri di belakang sebuah meja kaca untuk bergambar beramai-ramai.

Seorang lelaki muncul di hadapan kamera untuk menetapkan fungsi ‘self timer’ pada kamera tersebut.

Ketika membongkok  untuk mengendalikan kamera,  dia melanggar dan  terduduk di atas meja kaca itu.

Meja berkenan pecah kepada dua bahagian, menyebabkan balang-balang kuih raya jatuh berselerakan.

Lelaki tersebut dan rakan-rakannya  terkejut dan tergamam sebelum beberapa orang ketawa dan keluar daripada rakaman itu.

Mereka  membantu lelaki berkenaan mengemaskan kembali meja yang sudah pecah.

“Apabila tuan rumah melihat keadaan itu, Abi (lelaki yang memecahkan meja) meminta maaf. Dia berkata mahu menggantikan meja itu, namun tuan rumah sempat bergurau dan tidak marah kepadanya,” demikian menurut keterangan pada video seterusnya.

Lelaki itu dikatakan telah menggantikan meja yang pecah itu.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Tuan rumah tidak boleh marah kerana Hari Raya Aidilfitri,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI