fbpx

Lelaki makan ayam mentah di eskalator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu memakan ketulan paha ayam mentah di eskalator sebuah pusat beli-belah. - Instagram

CANBERRA, Australia – Seorang lelaki dirakam makan potongan daging ayam mentah ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Australia, lapor akhbar New York Post semalam.

Video mengenainya dimuat naik dalam akaun Instagram @sh*tadelaide. Ia dirakam ketika lelaki tersebut menggunakan tangga eskalator di pusat beli-belah Westfield Marion, bandar raya Adelaide.

Orang ramai meluahkan rasa bimbang mengenai kesihatan lelaki itu kerana daging ayam mentah boleh mengakibatkan keracunan makanan.

“Daging itik dan ayam mentah mengandungi bakteria berbahaya termasuk salmonella, listeria, campylobacter dan E. coli yang menjadi punca keracunan makanan,” demikian menurut amaran Pihak Berkuasa Makanan New South Wales.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Bolehkah seseorang periksa sama ada lelaki ini masih hidup?” komen seorang netizen.

“Ini adalah percubaan seseorang untuk mendapatkan cuti sakit selama beberapa hari,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI