fbpx

EPL: Manchester City mula kembali impikan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE (tengah) berjaya meledak dua gol ketika City membenam Arsenal di Etihad awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mula melaungkan keyakinan bahawa skuad kendaliannya berpeluang besar untuk menjulang kejua­raan Liga Perdana Inggeris selepas meraih kemenangan 4-1 ke atas pendahulu, Arsenal di Etihad awal pagi semalam.

City berjaya meledak empat gol menerusi gol terakhir Erling Haaland selepas dia mencipta dua umpanan gol buat Kevin De Bruyne, selain satu lagi gol hasil jaringan John Stones yang menanduk masuk bola hantaran lintang, sementara Arsenal meraih gol menerusi Rob Holding.

Biarpun meraih kemena­ngan tersebut, City masih belum berjaya memintas kedudukan Arsenal apabila kekurangan dua mata, namun kelebihan menja­di milik mereka apabila masih kekurangan dua perlawanan.

“Ia adalah perlawanan yang penting buat kami. Ia tidak menentukan apa-apa, tetapi penting buat kami.

“Kami bermain dengan baik dan saya tahu cara mereka bermain.

“Arsenal masih berada di kedudukan teratas, ia mungkin kedengaran sangat naif, tetapi kami sedang berada hampir di belakang mereka untuk perebutan kejuaraan musim ini,” kata Guardiola.

Musim ini menyaksikan Arsenal menguasai kedudukan ter­atas liga sejak minggu ketiga sai­ngan dan belum dapat dipintas oleh City menyebabkan Guardiola mengakui The Gunners adalah calon pilihan juara, namun keputusan awal pagi semalam kembali memberikan keyakinan buat The Citizens.

“Sudah tentu saya yakin dengan kemampuan kami (meraih kejuaraan). Saya harap kami mampu mengutip enam mata dalam dua lagi perlawanan, semuanya akan ditentukan oleh kami sendiri.

“Sebelum ini saya fikir Arsenal adalah calon, jika mereka menewaskan kami kali ini, sudah pasti kelebihan menjadi milik mereka. Namun, sebaliknya berlaku dan kini kami mempunyai peluang lebih cerah,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI