fbpx

Peluru sesat dalam alat kelamin wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahagian luar kemaluan wanita itu terkena peluru sesat. - Journal of Surgery Case Reports.

MOGADISHU, Somalia – Seorang wanita di Somalia menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sebutir peluru daripada kemaluan dalam prosedur pertama seumpamanya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mangsa sedang berehat di rumah apabila sebutir peluru sesat menembusi siling rumah dan menusuk kemaluannya.

Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu kemudian pergi ke Hospital Erdogan di Mogadishu untuk mendapatkan rawatan.

Perincian nasib malang wanita berusia 24 tahun itu direkodkan dalam penerbitan Journal of Surgery Case Reports.

“Ini adalah kecederaan peluru pertama yang menembusi vulva (bahagian luar kelamin wanita). Kami fikir kes seperti ini sangat jarang berlaku dan menarik,” demikian menurut laporan berkenaan.

Difahamkan, peluru itu mengenai alat kelamin wanita itu pada halaju rendah. Mangsa berisiko mempunyai kecederaan lebih serius jika ia sebaliknya.

Pembedahan itu berjalan lancar dan pesakit berada ‘dalam keadaan baik’  serta dibenarkan keluar dari hospital pada hari berikutnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI