fbpx

Muka merah,sakit kepala dan muntah tanda strok haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian tips elak serangan strok haba oleh PHM

PETALING JAYA – Ibu bapa diingatkan supaya tidak ambil mudah sekiranya anak-anak mengadu sakit pada musim panas melanda negara ketika ini.

Public Health Malaysia (PHM) melalui hantaran di Facebook miliknya memaklumkan, terdapat beberapa tanda boleh dikesan sekiranya diserang strok haba antaranya muka merah, sakit kepala, tangan sejuk, pening dan muntah.

Katanya, tanda-tanda berkenaan perlu dicegah berikutan ia boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa seseorang.

“Terkini kita dikejutkan dengan tragedi sebuah keluarga yang telah kehilangan anak mereka disebabkan strok haba.

“Kami mengucapkan takziah atas kehilangan anak yang disayangi,” katanya di sini hari ini.

Menerusi hantaran itu juga, PHM turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa terhidrat, elak tinggal anak di kenderaan, berpakaian terang, ringan dan longgar, bermain di tempat teduh dan kekal di rumah.

Katanya, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sebelum ini telah mengeluarkan status cuaca panas tahap berjaga-jaga iaitu suhu harian mencecah ke 35 sehingga 37 darjah Celcius terutamanya di kawasan Utara Semenanjung.

“Orang ramai diminta untuk sentiasa pantau Facebook MetMalaysia bagi melihat situasi semasa cuaca di Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI