fbpx

JKR rangka pelan pulihkan lereng, jalan runtuh di MACA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara jentera yang dilihat mula memasuki kawasan tanah runtuh bagi pelan memulihkan tanah di luar bangunanMACA di Bukit Tunku, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Raya (JKR) merangka langkah strategik bagi memastikan pelan pemulihan di kawasan tanah runtuh berjaya ditangani segera melibatkan langkah jangka pendek serta jangka panjang.

Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Datuk Zulkipli Nasri berkata, langkah tersebut dilaksanakan untuk memastikan laluan serta kawasan lereng yang runtuh di luar bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Bukit Tunku, Jalan Duta, di sini, selamat diduduki.

Menurut Zulkipli, untuk tempoh jangka pendek pihaknya akan membina sebuah jalan sementara untuk membolehkan MACA beroperasi seperti biasa dalam masa dua minggu.

“Dan untuk jangka panjang, kita akan pasang alat pengesan untuk pantau ada pergerakan tanah atau tidak untuk keluarkan rekaan ukuran (tanah runtuh) dengan tepat.

“Dalam masa sesingkat mungkin juga kita akan cuba buat balik akses sebagaimana sedia ada, bergantung kepada keadaan tanah,” katanya selepas lawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),Datuk Dr Zulkapli Mohamad Ketua di lokasi runtuhan, di sini hari ini.

Zulkipli berkata pemeriksaan JKR juga menemukan kira-kira tujuh paip bawah tanah mengalami kebocoran.

“Kalau tengok dekat situ, bila berlaku runtuhan kita lihat banyak air yang keluar. Jadi saya rasa itu mungkin puncanya dan siasatan akan dijalankan lebih lanjut.

“Petunjuk awal dari MACA juga memaklumkan bil air mereka meningkat ” katanya.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kejadian runtuhan cerun bukan disebabkan faktor semula jadi, sebaliknya berpunca kebocoran kepada sistem perpaipan bekalan air di kawasan itu.

Alexander berkata, kebocoran pada sistem perpaipan mengakibatkan tanah mengalami ketepuan yang tinggi, seterusnya meningkatkan tekanan sisi pada tembok penahan sedia ada dari jenis ‘contiguous micropile. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI