fbpx

249 kematian akibat Covid-19, 113 dalam gelombang ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 249 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat ini dengan membabitkan 113 kematian dalam gelombang ketiga dan 136 dalam gelombang kedua pandemik.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 46 kes kematian membabitkan mayat yang didapati positif Covid-19 atau brought in dead (BID).

BID ialah kematian dalam komuniti dan bukan kes dalam hospital, di mana ujian pengesahan Covid-19 ke atas mayat didapati positif.

“Sebanyak 37 kes BID dalam gelombang ketiga manakala sembilan lagi dilaporkan dalam gelombang kedua,” katanya di laman Twitter @KKMPutrajaya hari ini.

KKM memaklumkan, kematian pertama di negara ini ialah pada 17 Mac lalu melibatkan dua warga tempatan.

Kematian termuda melibatkan kanak-kanak berumur satu tahun manakala kematian tertua berumur 101 tahun.

“Sebahagian besar kematian melibatkan warga emas yang mempunyai sejarah penyakit kronik,” katanya.

Tambahnya, negeri dengan kes kematian tertinggi ialah Sabah dengan 114 kes diikuti Selangor (26), Johor (21), Kuala Lumpur (19), Sarawak (19) dan masing lapan di Kedah dan Negeri Sembilan dan Terengganu (satu).

“Dengan 30,899 kes keseluruhan setakat ini dan 249 kematian, Malaysia berada di tangga ke-88 dalam senarai dunia,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI