fbpx

KKDW nilai permohonan eKasih baik pulih, bina baharu rumah daif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid melawat rumah PPRT didiami mangsa kepala air dan banjir Kampung Iboi di Desa Keda Sadek di Kupang, Baling di Kedah hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

BALING – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melihat secara keseluruhan jumlah sebenar rumah daif yang perlu dibaik pulih atau dibina baharu di negeri ini dengan tidak hanya bergantung kepada senarai eKasih.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KKDW berkata, pihaknya akan mendapatkan senarai rumah terlibat daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dan Pengarah KKDW Wilayah Utara dalam masa terdekat.

“Kita telah ada jumlah (rumah daif) tetapi mungkin tidak lengkap sebab kita ikut senarai eKasih, jadi kita harus lihat jumlah sebenar yang memerlukan pembaikan atau bina baharu.

“Bagi keseluruhan Kedah, ada peruntukan yang telah dikhususkan, namun kita akan lakukan penyesuaian dan penambahan setelah dapat senarai muktamad daripada Keda dan Pengarah KKDW Wilayah Utara,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lapan unit rumah berkembar Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) di Desa Keda Sadek, Kupang, di sini hari ini.

Rumah tersebut dibina bagi menempatkan mangsa bencana kepala air dan banjir di Kampung Iboi pada Julai tahun lalu dengan kos kira-kira RM528,000.

Menurut Ahmad Zahid, berdasarkan senarai muktamad daripada Keda dan pihak berkaitan lain, pihaknya akan mengarahkan kerja-kerja baik pulih atau bina baharu rumah daif dilakukan secepat mungkin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI