fbpx

Perolehan LCS, LMS beri kekuatan TLDM hadapi konflik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (dua dari kiri) melakukan pemeriksaan perbarisan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-89 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

LUMUT – Jangkaan perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) pada 2026 dan Kapal Misi Pesisir (LMS) kumpulan kedua pada 2027, mampu memberi dimensi keupayaan tempur yang berbeza kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ia penting khususnya dalam menghadapi situasi geo-strategik dan politik dunia termasuk di rantau ini yang tidak menentu serta tiada jaminan kestabilan termasuk pertembungan secara berterusan kuasa besar di Laut China Selatan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob menjelaskan ketika ini tahap kesiapsiagaan pasukan itu di Laut China Selatan berada pada tahap memuaskan sahaja, berdasarkan keadaan aset sedia ada.

Beliau menegaskan banyak lagi ruang peningkatan yang diperlukan untuk TLDM berada pada tahap yang dijangkakan.

“Jadi, dengan keadaan persekitaran yang agak mencabar (khususnya di Laut China Selatan) buat masa ini, kita akan lakukan apa sahaja berdasarkan apa yang kita ada.

“Semua ini akan berlaku pada 2026 dan 2027, tetapi penting kita mulakan daripada sekarang,” katanya pada sidang akhbar selepas sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-89 di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Menurut beliau, pembinaan LCS dijangka disambung semula kira-kira tiga bulan selepas perjanjian kontrak tambahan projek tersebut dijangka ditandatangani ketika Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 di Pulau Langkawi, bulan depan.

Bagi LMS kumpulan kedua pula, beliau berharap kaedah perolehan dapat dimuktamadkan tahun ini dan TLDM secara amnya sudah bersedia dengan spesifikasi yang dikehendaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI