fbpx

Doa saya dapat tempuhi ujian ini – Haqiem Rusli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haqiem dan isteri ketika ditemui pada Majlis Havoc Raya di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang malam tadi.

GEORGE TOWN – Pelantun lagu Tergantung Sepi, Haqiem Rusli mengakui yang dirinya kini dalam fasa menempuh ujian rumah tangga susulan tindakan isterinya, Anis Sofea, 21, tidak lagi berhijab penuh.

Meskipun enggan memperincikan lebih lanjut, pemilik nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 26, dilihat lebih bersikap profesional selain enggan cepat melatah dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan.

“Saya tidak boleh komen tentang ini. Saya rasa ini private life (kehidupan peribadi) dan saya hendak mereka (peminat) tahu, saya sudah sehabis baik untuk menjadi suami yang baik.

“Jadi, saya minta doa yang baik-baik sahaja. Doa saya dapat tempuhi ujian-ujian ini. Mungkin orang cakap ini ujian rumah tangga. Tapi saya tiada direct dekat Twitter, tiada marah-marah di sosial media.

“Saya sebagai suami, bagi dia (isteri) masa, saya tak nak memaksa (isteri memakai hijab) tetapi saya akan cuba sehabis baik untuk menambah baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Havoc Raya di Kampung Melayu, Air Itam di sini malam tadi.

Turut menemani Haqiem ialah isteri, ibu bapanya dan keluarga mertua. Antara artis yang hadir memeriahkan sambutan hari raya itu ialah Zali Rusli, Zaki Yamani dan peserta program Big Stage musim keempat (BS4), Megat Rahim.

Dalam pada itu, Haqiem turut menegaskan yang hubungannya dengan isteri masih baik dan tiada sebarang kemelut yang tercetus ketika ini.

“Tiada berlaku masalah dalam rumah tangga. Tapi, kalau mereka hendak buat assumption (andaian) sendiri, hendak reka cerita… saya ok.

“Tetapi sedia maklum, saya dengan Sofea ok. Saya sangkal dakwaan-dakwaan yang timbul. Cuma tahun ini, saya tidak banyak post (memuat naik) di media sosial.

“Sebabnya saya ada banyak masalah. Saya tiada masalah dari segi karier muzik tetapi dari segi hal personal…bukan sakit,” akuinya.

Baru-baru ini, nama anis menjadi perbualan ramai pengguna media sosial selepas dia dilihat memadamkan gambar bersama Haqiem dalam akaun Instagram selain memuat naik foto tidak lagi memakai hijab.

Terdahulu, pasangan sejoli itu disatukan sebagai suami isteri pada 19 November 2021 selepas dua tahun mengenali hati budi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI