fbpx

Cuaca buruk landa Kelantan, Terengganu dan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri Kelantan, Terengganu dan Johor sehingga pukul 1 tengah hari.

MetMalaysia menerusi laman Facebooknya berkata, ribut petir dijangka di negeri Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Seterusnya, cuaca sama turut dijangka berlaku di seluruh kawasan negeri Terengganu serta beberapa kawasan di Johor seperti Mersing dan Kota Tinggi.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI