fbpx

Pelajar maut, rakan parah kemalangan di lampu isyarat Jalan Kuching-Serian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang remuk di bahagian hadapan selepas dilanggar oleh sebuah pikap di lampu isyarat Batu 11, Jalan Kuching-Serian, malam tadi.

PADAWAN: Seorang remaja maut manakala rakannya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pikap di lampu isyarat Batu 11, Jalan Kuching-Serian.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata, kejadian yang dilaporkan pada pukul 11.40 malam tadi dipercayai berlaku ketika kereta yang dinaiki kedua-dua pelajar lelaki berusia 19 tahun itu datang dari arah Kuching dan hendak membuat pusingan U di lampu isyarat berkenaan.

Katanya Perodua Axia itu dipandu oleh mangsa yang cedera parah manakala mangsa yang meninggal dunia adalah penumpang.

“Semasa kereta mangsa sedang membuat pusingan U dipercayai ketika lampu isyarat masih berwarna merah, tiba-tiba pikap Ford Ranger yang dipandu seorang lelaki di lorong kanan dari arah bertentangan (arah Serian menghala ke Kuching), melanggar depan kereta mangsa.

“Akibat perlanggaran itu, kereta mangsa terbabas ke bahu kiri jalan dan meninggal dunia semasa menerima rawatan di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira pukul 2.52 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rakannya yang cedera parah telah dibawa ke HUS manakala kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI