fbpx

Isteri maut, suami cedera nahas dua buah kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut, manakala suaminya cedera apabila terbabit dalam nahas di Kilometer sembilan, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, di sini, pagi tadi. Foto IHSAN PEMBACA

KUALA PILAH – Seorang wanita maut, manakala suaminya cedera apabila terbabit dalam nahas di Kilometer 9, Jalan Kuala Pilah – Batu Kikir, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Noor Asnida Mohd Ali, 28, beralamat di Kampung Air Panas, Gerik, Perak, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah Gerik, Perak menghala ke Keratong, Pahang, dipandu lelaki berumur 25 tahun dan sebuah van jenis Nissan Venette menghala ke Kuala Pilah.

“Hasil siasatan awal mendapati, Proton Wira itu hilang kawalan dan masuk ke laluan van lalu bertembung dengan kenderaan berkenaan menyebabkan penumpang Proton Wira cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Amran lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi pengendalian bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI