fbpx

Runsing air bertukar ‘teh O’ sejak awal Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrin menunjukkan bekas tong air keruh dan berkeladak itu.

SABAK BERNAM – Lebih 300 penduduk Kampung Sungai Leman, Sekichan di sini, runsing dengan bekalan air keruh seperti ‘teh O’ yang dihadapi mereka sejak awal sambutan Aidilfitri, Sabtu lalu.

Keadaan itu menimbulkan kesulitan terutama mengenai tahap kebersihan air dan terpaksa menggunakan air mineral ketika musim perayaan ini.

Penduduk, Shahrin Azhar, 31, berkata masalah yang berlarutan sejak lima hari lalu itu dikesan pada tengah hari awal Syawal.

Katanya, dia terkejut melihat perubahan warna air itu yang keruh dan berkeladak ketika menadahnya pada tong di tandas.

“Saya kemudian cuba mencuci tong itu dan menggunakan penapis air di luar rumah. Namun, warna air itu tetap sama biarpun pada awalnya kelihatan jernih, ketika membuka paip,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Keadaan air paip yang keruh selepas dicuci menerusi penapis air luar rumah.

Bagi peniaga makanan, Atikah Nakmat, 33, masalah itu menyebabkan penduduk terpaksa bergantung kepada air mineral untuk kegunaan harian dan minuman.

“Saya juga perlu membeli air itu bagi penyediaan kuih peneram yang dijual di Pasar Sekinchan. Kos yang diperuntukkan berjumlah RM60 sehari dan saya berisiko menanggung kerugian jika keadaan ini berterusan,” ujarnya.

Warga emas, Surati Tamiran, 68, pula berkata, penduduk turut bimbang sekiranya air berkenaan tercemar dan tidak selamat digunakan sehingga boleh menjejaskan kesihatan.

“Selain itu, masalah air keruh menyebabkan kebanyakan baju yang dicuci bertukar kekuningan.

Sementara itu, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) akan mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara berkenaan dalam tempoh terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI