fbpx

EPL: Mings berjaya lunas cabaran Unai Emery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINGS (kiri) muncul wira Villa selepas meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Fulham awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pemain pertahanan Aston Villa, Tyrone Mings­ menyahut cabaran yang diberikan pengendali pasukan, Unai Emery apabila menghasilkan jaringan tunggal ketika membantu pasukan meraih kemenangan 1-0 ke atas Fulham, awal pagi semalam.

Ia adalah kemenangan kelima berturut-turut Aston Villa di laman sendiri dan berjaya kekal tanpa bolos, sekali gus menghidupkan harapan buat peminat untuk mendapatkan slot ke sai­ngan Eropah.

“Pengurus ada beritahu saya jika saya tidak jaringkan gol, dia akan gugurkan saya. Jadi, kejayaan ini begitu menggembirakan saya. Kami melihat di mana kedudukkan kami dan apa yang kami sudah lakukan sepanjang musim ini.

“Kami pernah berada di bawah dan sudah pasti cukup gembira untuk melihat di mana kami berada sekarang,” katanya.

Tempoh enam bulan sejak dilantik Oktober lalu jelas me­nunjukkan kualiti Emery untuk merealisasikan penantian 13 tahun penyokong menyaksikan kelab itu kembali ke siangan Eropah.

“Kami ada cita-cita, bersikap realistik dan cuba bermain di bawah tekanan. Saya cukup suka bermain di bawah tekanan dan ini menjadi permulaan buat kami mengejar saingan ke Eropah,” jelas Emery. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI