fbpx

Budak autisme 3 tahun diselamat di landasan kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Higgins membawa budak itu ke tempat selamat setelah menemuinya. - MTA/Youtube

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia tiga tahun diselamatkan oleh pekerja di landasan kereta api ketika sebuah tren menghampiri stesen Metro-Utara di New York, lapor akhbar New York Post semalam.

Jurutera Lokomotif, William Kennedy yang mengendalikan kereta api di Laluan Hudson arah selatan sekitar pukul 3.15 petang (waktu tempatan) pada 6 April lalu melihat budak tersebut di landasan utara berhampiran Tarrytown. Dia dengan segera memberitahu kru di lokasi kejadian.

“Ada seorang kanak-kanak kecil di arah utara. Tolong perhatikan, dia baru sahaja muncul dari dinding,” kedengaran seseorang berkata-kata menerusi radio sebelum meminta kereta api arah utara berhenti sepenuhnya.

Kereta api itu itu kemudian bergerak ke utara perlahan-lahan sehingga pengendalinya, Jurutera Lokomotif Shawn Loughran dan seorang pelatih mengesan kanak-kanak itu di rel ketiga yang menggunakan elektrik.

Seorang kru kemudian meminta bekalan elektrik di rel tersebut diputuskan ketika Penolong Konduktor, Marcus Higgins melompat ke landasan untuk menyelamatkan budak lelaki itu.

Dia kemudian dibawa ke dalam kereta api dan diletakkan di tempat duduk sebelum salah satu kasutnya yang tertanggal dipakaikan semula.

Mereka kemudian membawanya kembali ke Stesen Tarrytown dan bertemu pegawai Jabatan Polis Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTAPD) dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) Tarrytown.

Pada masa sama, Penyelenggara Isyarat, Max Chong dan Christopher Fraina menuju ke tempat kejadian untuk membantu apabila mereka terserempak dengan ibu dan kakak kepada budak itu yang ditemui menangis di sudut jalan, demikian menurut MTA.

Ibu kanak-kanak itu dilihat menangis ketika dia menaiki kereta api untuk bertemu semula dengan anaknya yang hilang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI