fbpx

Rahsia Praveen-Melati dalam tangan Nova

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE WEI dan Tang Jie akan turun berdepan beregu sensasi Indonesia pada aksi pusingan kedua BAC hari ini.

JURULATIH beregu campuran kebangsaan, Nova Widianto percaya pengalaman berada dalam skuad badminton Indonesia dapat membantu anak buahnya, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjelang aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu hari ini.

Tang Jie-Ee Wei dijadualkan bertemu juara kejohanan Seluruh England (All England) 2020, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti yang pernah berada di bawah bimbingan Nova sebelum ini.

Justeru, Nova berkata, beliau sedia berkongsi tips bersama Tang Jie-Ee Wei menjelang pertemuan hari ini bagi memastikan beregu No. 22 dunia itu meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir.

“Sudah tentu perlawanan menentang Praveen-Melati tidak mudah, namun sedikit sebanyak saya tahu corak permainan mereka. Saya akan bincang dengan Tang Jie-Ee Wei bagi merancang strategi untuk bantu mereka dan layak ke peringkat seterusnya,” katanya.

Pada aksi pusingan pertama kelmarin, Tang Jie-Ee Wei mencipta sensasi apabila menyingkirkan pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Kim Won-ho-Jeong Na-eun menerusi aksi straight-set 21-14, 21-13.

Berhubung kemenangan yang diraih Tang Jie-Ee Wei ke atas beregu Korea berkenaan, Nova berkata ia adalah hasil persiapan rapi yang dilakukan kedua-dua pemain itu sebelum perlawanan tersebut.

“Kita belajar daripada pertemuan ketika di Terbuka Jerman bulan lalu yang menyaksikan Tang Jie-Ee Wei tewas kepada lawan yang sama di suku akhir.­ Kita buat persiapan dengan mengkaji corak permainan pasangan Korea,” ujarnya.

Turut mengiringi Tang Jie-Ee Wei ke pusingan kedua adalah beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang berjaya menewaskan lawan mereka dari Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 15-21, 22-20, 21-15.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI