fbpx

Liga Super: TFC serius mahu pinjam Safawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI (kanan) dilaporkan tiga begitu gembira beraksi di Liga Thailand ketika ini dan berminat untuk kembali ke Malaysia.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF/maa

HASRAT pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid semakin cerah apabila mendapat ‘lampu hijau’ daripada pengurusan skuad Sang Penyu.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh berkata, pihak pengurusan bersetuju ‘mengatur langkah’ membawa bintang Ratchaburi FC itu secara pinjaman pada jendela perpindahan kedua tidak lama lagi.

Beliau berkata, minat terhadap Safawi, 26, timbul apabila pemain kelahiran Dungun tersebut dikhabarkan ‘kurang gembira’ beraksi dalam Liga Thailand dan ingin kembali beraksi di Malaysia.

“Begitupun kami perlu mematuhi prosedur memandangkan Safawi masih terikat kontrak dengan Johor Darul Ta’zim (JDT). 

“Tawaran (meminjam Safawi) telah diserahkan kepada kelab itu (JDT),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Terdahulu,  Steinbruckner tanpa berselindung mengakui mahu membawa masuk Safawi bagi membantu jentera serangan Sang Penyu selepas dibelasah Selangor 1-5 pada minggu lalu.

Sementara itu, wakil Kelab Penyokong Penyu (PFC), Ahmad Idham Nasaruddin menyambut baik usaha TFC membawa pulang Safawi ke negeri kelahirannya selepas berkelana selama lapan tahun.

Beliau menyifatkan Safawi masih relevan untuk beraksi bersama TFC dalam Liga Malaysia walaupun sudah berstatus bintang dan berharap sentuhan kaki kiri pemain itu dapat membantu skuad Sang Penyu.

“Bahagian sayap TFC tidak menjadi musim ini selepas ketiadaan Faisal Abdul Halim. Beberapa pemain bergelut mengisi kekosongan itu cuma Syafik Ismail dilihat berpotensi namun kurang konsisten.

“Pada usia 26 tahun, Safawi cukup berpengalaman di peringkat domestik dan antarabangsa dan kehadirannya akan menaikkan moral pasukan serta penyokong,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI