fbpx

Mangsa banjir termenung di Kelantan dapat subsidi rumah sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tengah) menyerahkan replika cek peruntukan Projek Home2Live di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

RANTAU PANJANG – Mangsa banjir termenung yang terkesan semasa projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di sini dijalankan layak menerima Subsidi Rumah Sewa sebanyak RM300 sebulan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, subsidi yang bermula tahun ini sehingga 2026 itu melibatkan peruntukan sebanyak RM417,600.

Katanya, setakat ini, seramai 58 keluarga dikenal pasti terjejas ekoran projek PLSB itu dilaksanakan terutamanya di Kampung Gual To’Deh, Kampung Tersang dan Kampung Lanchang di sini selain beberapa kawasan lain yang terlibat.

“Subsidi ini akan diagihkan kepada ketua keluarga dalam tempoh enam bulan musim tengkujuh setiap tahun dengan peruntukan sebanyak RM104,400.

“Agihan subsidi rumah sewa akan bermula pada bulan Oktober dan berakhir pada Februari tahun berikutnya atau dalam tempoh musim tengkujuh di Kelantan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Home2Live di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang di Kampung Padang Licin di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, projek PLSB yang merangkumi fasa 1,2 dan 3 dijangka siap pada tahun 2026.

Menurutnya, sehubungan itu, mungkin ada penduduk yang tidak dapat bekerja dan subsidi tersebut dapat membantu mereka sepanjang tempoh banjir termenung akibat pelaksanaan PLSB.

“Pemilihan penerima Subsidi Rumah Sewa dilakukan melalui tapisan ketua kampung, pejabat Dewan Undangan Negeri dan ahli parlimen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI