fbpx

Pemuda mati lemas jatuh tebing laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM di tempat kejadian di Lintang Sungai Batu, Teluk Kumbar di sini pagi tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seorang pemuda dipercayai penghidap sawan ditemui mati lemas selepas dikatakan terjatuh dari tebing laut di Lintang Sungai Batu, Teluk Kumbar di sini awal pagi tadi.

Mangsa, Mohd. Yusof Ishak, 31, dijumpai orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran lokasi kejadian kira-kira pukul 1.40 pagi.

Difahamkan, kejadian tersebut disedari beberapa penduduk di situ lalu terus memaklumkan kepada keluarga mangsa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Isparizan Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.57 pagi dan tiba ke lokasi kurang 15 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik anggota tiba di tempat kejadian mendapati mangsa telah dinaikkan ke tebing oleh orang awam dan tindakan anggota adalah dengan memberi bantuan pernafasan (CPR).

“Kita dimaklumkan yang mangsa ditemui oleh abangnya tidak jauh dari tebing berkenaan dan mangsa juga dipercayai mengalami masalah mental serta menghidap sawan.

“Kematiannya disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut dan operasi tersebut tamat sepenuh pada pukul 2.53 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI