fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di negeri Sarawak dan Sabah sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia melalui laman Facebooknya memberitahu, keadaan itu dijangka berlaku melibatkan beberapa daerah di dua negeri tersebut.

“Di Sarawak melibatkan daerah di Kuching, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Dalam masa sama, di Sabah ia dijangka berlaku di Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI