fbpx

Tun Mahathir puji fasiliti MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir ketika menaiki MRT baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memuji kelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh dan Putrajaya.

Beliau melalui satu hantaran di Facebooknya semalam berkata, beliau berasa seolah-olah berada di negara maju ketika menggunakan pengangkutan awam itu.

“Pada hari ketiga raya saya dan isteri bersama kawan-kawan bercadang mencuba MRT dari Sungai Buloh ke Putrajaya.

“Staff MRT sambut baik cadangan kami. Mereka turut bersama sepanjang jalan. Ini memberi peluang kepada saya bertanya beberapa soalan berkenaan prestasi MRT ini,” katanya.

Mahathir turut memuji kemudahan yang disediakan di stesen MRT tersebut.

“Umumnya saya dapati seolah-olah saya berada di negara maju. Perjalanannya amat baik.

“Demikian juga kemudahan yang disedia untuk pelanggan. Stesen juga cukup besar dan dilengkapi dengan lif dan eskalator,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga percaya kemudahan itu akan disambut baik oleh rakyat jika kos yang amat tinggi tidak dipedulikan.

“Tahniah saya ucap kepada anggota pengurusan MRT Sungai Buloh / Putrajaya,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI