fbpx

[VIDEO] Terkejut lihat ular sawa terjatuh dari Aruz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seekor ular terjatuh dari kereta Perodua Aruz.

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya terkejut ketakutan apabila melihat seekor ular terjatuh dari sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz.

Difahamkan, lokasi berkenaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak dan kejadian berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi video yang baharu dimuat naik di TikTok @azroyazlan81 hari ini, jelas kelihatan melalui kamera papan pemuka (dashcam) memperlihatkan ular tersebut terkeluar dari kenderaan itu.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai menyifatkan keadaan itu sangat berbahaya untuk pemandu dan penumpang yang ada di dalam kenderaan tersebut.

“Bahayanya, mesti ular tu dah lama duduk dekat bawah kereta tu,” komen Shuhail.

“Takut jadi macam ini lah. Sebab itu sebelum kita nak balik ke kampung, kena ‘check’ dulu ruang-ruang tersembunyi dalam kereta. Musim-musim panas binatang macam ni keluar,” ujar Inspektor Mazlan.

Ada juga yang mendakwa ular itu sejenis ular tedung.

“Macam salah min. Ular tedung tu,” kata Khairul.

“Ular tedung selar ni, seriau tengoknya,” komen Kak Tip. – KOSMO! ONLINE

@azroylan81 #seharisebelumraya😱 #ularsawadarikereta #fypdongggggggg ♬ original sound – azroyazlan81

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI