fbpx

‘Smartlane’ dari Senai Utara ke Kulai dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tinjauan melalui CCTV LLM menyaksikan trafik lancar di Km 20 Senai Utara, Lebuh Raya Utara-Selatan lancar pada pagi ini.

PETALING JAYA – Pengaktifan ‘Smartlane’ di Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara melibatkan Senai Utara ke Kulai pada pagi ini.

Menerusi hantaran di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, pembukaan ‘Smartlane’ itu bermula dari Kilometer (Km) 19.0 sehingga Km 27.0 dan lorong paling kiri boleh dilalui.

“Di Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan pula, terdapat kereta rosak di persimpangan Kajang arah Selatan dari UPM ke Kajang. Lorong kiri terhalang, namun trafik lancar.

“Turut dilaporkan, berlaku kebakaran kereta di Km 306.7 arah Utara dari UPM ke Sungai Besi. Lorong kiri terhalang. Trafik lancar,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI