fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di negeri Sarawak pagi ini.

MetMalaysia melalui laman sesawangnya memberitahu, amaran itu dijangka berlaku melibatkan beberapa daerah iaitu Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Daro) sehingga pukul 10 pagi nanti.

Sementara itu, di negeri Semenanjung serta Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan cuaca dijangka baik pada pagi ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI