fbpx

Liga Super: Selangor terus idam mata penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR memerlukan mata penuh pada aksi menentang Sabah untuk mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super.

KREDIBILITI dan momentum luar biasa pemain Selangor bakal teruji pada aksi menentang Sabah di Stadium Likas malam esok.

Sejak tewas 0-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pertengahan bulan lalu, Gergasi Merah mula bangkit dengan kualiti sebenar dengan merekodkan lima kemenangan berturut-turut termasuk membelasah Terengganu 5-1, 18 April lepas.

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe menegaskan pemain tidak lagi boleh diulit mimpi indah selepas berjaya menghasilkan 17 gol dalam lima aksi ter­akhir.

“Setakat ini keadaan pemain agak bagus dan kami barisan kejurulatihan akan menilai mereka daripada latihan serta perlawanan. Kami ada pasukan yang buat analisa, pasukan perubatan juga bekerja untuk pulihkan pemain.

“Persaingan sihat penting dalam pasukan kerana bola sepak adalah bukan soal individu, tetapi kami kena bekerja secara pasukan. Buat masa sekarang, kita sudah nampak pergerakan pasukan di mana kami mampu lakukannya secara berpasukan.

“Tetapi, kami belum capai sesuatu yang dimahukan dan sudah pasti kami kena kekal bekerja keras memandangkan musim ini cukup panjang,” katanya.

Pertemuan dengan Sabah adalah aksi sulung Gergasi Merah di gelanggang lawan sepanjang April dan hanya tiga mata mampu mengekalkan pasukan di tangga kedua Liga Super.

Bagaimanapun, Cheng Hoe akui lega kerana memiliki skuad lebih seimbang berbanding musim lalu dan menegaskan tiada istilah kesebelasan utama dalam kamus dirinya.

“Kalau kita lihat skuad kali ini seimbang di semua posisi dan saya rasa strategi kita adalah mahu pemain tunjukkan prestasi terbaik untuk tarik perhatian jurulatih.

“Saya harap selepas ini kami mampu kekalkan momentum baik sekaligus dapat menghadir­kan keyakinan buat pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI