fbpx

[VIDEO] Anak bagi hadiah kereta raya pada ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular ketika ini menyaksikan seorang lelaki menghadiahkan sebuah kereta kepada ibunya.

PETALING JAYA – Tiada apa yang boleh membahagiakan seorang ibu selain melihat anaknya berjaya dan mampu membina kehidupan sendiri.

Bukan itu sahaja, perit jerih pengorbanan ibu selama ini berjaya dibalas si anak juga merupakan satu lagi kebahagian yang dinanti orang tua.

Tular di media sosial ketika, seorang anak lelaki menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada ibunya telah mengundang sebak orang ramai.

Menerusi video tersebut, difahamkan anak lelaki itu merupakan anak sulong wanita terbabit telah menghadiahkan sebuah kereta Perodua Axia baharu kepada ibunya.

Dalam video tersebut juga kelihatan wanita tersebut menangis dan menjangkakan anak sulungnya itu hanya menghadiahkannya sebuah motosikal.

“Mak perasan nombor ni, mak ingat along beli motor. Ini kereta ni along,” jelas wanita tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial juga memuji lelaki itu kerana berjaya membahagiakan ibu sendiri terutamanya pada sambutan hari raya.

“Bagus kau bang, berkongsi rezeki dengan ibu tercinta. Sebak pula aku tengok kau pun menangis. Tahniah sekali lagi,” jelas Aman Rahidan.

“Walau kecil atau besar hadiah itu, ibu bapa tidak peduli cuma mereka bahagia melihat anda sudah berjaya. Bagus bro moga jadi anak yang soleh,” kata Ayob Hasan. – KOSMO! ONLINE.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mujahid Akmal (@mujahid_akmall)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI