fbpx

Tiada lagi suasana meriah masak juadah raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALILI menunjukkan gambar arwah Siti Al-Adawiyah pada telefon bimbitnya di Kampung Pulai Sebatang, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Pada usia senja, seorang warga emas terpaksa hidup bersendirian, malah kedatangan Syawal tahun ini bagaikan dihimpit seribu kerinduan apabila kehilangan tiga orang tersayang dalam tempoh kurang setahun.

Alili Alimon, 62, kini tinggal bersendirian di teratak sepi di Jalan Sungai Nyior, Kampung Pulai Sebatang, di sini.

Menurutnya, dia kehilangan isteri tercinta, Ba’inah Hatman, 50, Julai tahun lalu berikutan pelbagai komplikasi kesihatan termasuk buah pinggang.

Sementara dua anaknya, Siti Al-Adawiyah, 27, dan Masitah, 18, dijemput Ilahi dalam kemala­ngan di Tampok, Benut di sini, 29 Mac lalu.

Siasatan awal pihak polis me­nyatakan, sebuah kereta dari arah Batu Pahat ke Pontian cuba memotong sebuah lori di hadapannya lalu bertembung dengan sebuah motosikal dari arah Pontian ke Batu Pahat.

“Kalau tahun sebelum ini, anak bongsu saya Muhammad Al-Hafiz meninggal dunia pada usia 16 tahun. Tahun lalu isteri, tahun ini dua anak pergi tinggalkan saya sekali gus.

“Ingatkan saya pergi dahulu. Menyambut Ramadan dalam keadaan perit, berbuka bersendirian dan raya pula entah­lah, sunyi, sepi dan hambar me­ngenangkan mereka yang telah tiada,” katanya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

GAMBAR kemalangan membabitkan motosikal yang dinaiki Siti Al-Adwiyah dan Mashitah sehingga meragut nyawa mereka di Tampok, Benut, Pontian pada 29 Mac lalu.

Menurut Alili, tiada persiapan raya yang indah seperti tahun-tahun sebelum ini.

Ujarnya, pada kebiasaannya, isteri dan anak-anak akan pulang sehari sebelum Aidilfitri dan pada saat itulah kemeriahan suasana persiapan raya dapat dirasai.

“Siti Al-Adwiyah, akan balik ke rumah bersama suaminya serta adik beradik lain sehari sebelum hari raya bagi membantu persiapan memasak juadah, tetapi kini tiada lagi suasana itu.

“Tiada lagi ketupat, rendang, kuah lodeh, sambal goreng, mahupun ayam masak merah ke­rana mereka semua telah tiada,” ujarnya dengan linangan air mata.

Bercerita lanjut, Alili membe­ritahu, dia mempunyai enam anak kandung dan seorang anak tiri.

Katanya, bagi sambutan hari raya tahun ini, dia akan me­nyambutnya bersama-sama empat anaknya dari perkahwinan pertama di Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru pada raya pertama dan kedua. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI