fbpx

Wanita berpakat tembak suami curang dengan anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga suspek telah diberkas oleh polis. – Siamrath

BANGKOK –  Seorang lelaki di Thailand  yang mempunyai hubungan sulit dengan anak saudara sendiri terselamat selepas ditembak oleh bapa mentua dan abang iparnya dalam  serangan yang turut dirancang oleh isterinya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Sutthitee, 35, membuat laporan polis di balai polis Chai Wan Jumaat lalu selepas diserang dua lelaki berkenaan.

Ketiga-tiga suspek iaitu isteri mangsa, Ratree, 44, bapa mentua, Boonsri, 65 dan abang iparnya, Sawaeng, 46, telah diberkas untuk disoal siasat.

Ratree mengaku melakukan jenayah itu dan menjelaskan mengenai motif kejadian.

Menurutnya, dia mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan anak saudaranya, Aom, 18, yang merupakan anak kepada Sawaeng. 

Dia meminta mereka memutuskan hubungan itu, namun tidak diendahkan oleh mangsa.

“Anda tidak faham perasaan saya kerana anda tidak berada dalam situasi ini. Suami saya mempunyai hubungan sulit dengan anak saudara saya sendiri.

“Saya menjaga mereka berdua selama ini. Tiada wanita boleh menerima keadaan ini. Saya telah meminta mereka memutuskan hubungan, namun tidak diendahkan.

“Mereka berani bertindak demikian walaupun kami semua tinggal serumah. Saya juga telah membuat laporan polis terhadap suami atas dakwaan menculik kanak-kanak bawah umur, namun tiada tindakan diambil,” ujar Ratree.

Tambah wanita itu, dia menggunakan telefon bimbit Aom untuk memerangkap Sutthitee dengan menyuruhnya pergi ke satu lokasi terpencil.

Sejurus tiba di lokasi tersebut, Sawaeng melontar parang ke arah keretanya dan memecahkan tingkap kenderaan itu. Boonsri pula melepaskan tembakan ke arah Sutthitee sebelum lelaki itu berjaya melarikan diri.

“Seorang lelaki sejati tidak akan bertindak begini. Dia mengahwini anak perempuan saya, namun berani membuat hubungan sulit dengan anak saudaranya sendiri. Saya mengaku menembak Sutthitee kerana terlalu marah,” kata Boonsri.

Sementara itu, Aom ketika disoal siasat mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Sutthitee.

“Saya mengaku mempunyai hubungan dengan pak cik (Sutthitee). Hubungan itu telah berlangsung selama setahun,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI