fbpx

Pengunjung, peniaga pasar pengotor, buang sampah merata-rata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sampah sarap yang bersepah selepas operasi Pasar Parit Dalam dikongsikan pihak MPKB-BRI di TikTok semalam.

PETALING JAYA – Pengotor! Itu yang dapat digambarkan keadaan sekitar Pasar Parit Dalam di Kota Bharu, Kelantan yang bersepah sampah sarap dibuang merata-rata oleh segelintir peniaga dan pengunjung di situ.

Gambar keadaan jalan yang kotor dipenuhi sampah tersebut dikongsikan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menerusi akaun TikTok sekali gus mengundang maklum balas kecewa daripada orang ramai.

“Walaupun Kempen Kelantanku Bersih telah lama dilaksanakan, kemudahan tempat membuang sampah yang cukup telah disediakan, peringatan oleh petugas penguat kuasa dan kesihatan awam untuk menjaga kebersihan kawasan bazar telah acapkali disampaikan, masyarakat, peniaga dan pengunjung masih ingkar.

“Ini adalah contoh sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga dan pengunjung Pasar Parit Dalam yang tidak mengutamakan kebersihan. Bila terjadinya perkara begini, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga yang dipersalahkan,” kata penerangan video yang dimuat naik semalam.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna laman sosial turut meluahkan perasaan sedih dengan sikap yang ditonjolkan tersebut.

“Saya orang Kelantan sedih tengok keadaan begini. Kalau orang luar mengata kita pengotor, kita marah. Dah benda betul,” komen Farhan Ghafar859 menggunakan dialek Kelantan.

“Sedih, samalah di sekolah pun ‘jenuh’ ingatkan selalu. Tapi tak buat juga, buang sampah merata-rata juga. Semuanya dari rumah ibu ayah contoh kepada mereka,” kata cthajarsiti.

“Janganlah dipolitikkan isu ini. Setiap orang Islam itu wajib menjaga keharmonian sesama insan,” ujar pengguna dikenali sebagai Zal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI