fbpx

Revolusi dua dekad jam tangan kecergasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIRI Forerunner hadir dengan teknologi penjejak kecergasan bagi memudahkan golongan pelari merekod data-data penting.

LARIAN merupakan salah satu aktiviti yang menjadi pilihan orang ramai sebagai rutin kecergasan dan amalan gaya hidup sihat.

Merentasi masa, aktiviti larian juga memberi peluang kepada teknologi yang membawa kepada inovasi jam tangan pintar penjejak kecergasan khusus buat rutin tersebut.

Sinonim dengan rekaan jam penjejak khusus buat pelari, Garmin selama dua dekad telah membawakan pelbagai model aksesori gajet dalam siri Forerunner mereka.

Menurut Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia, Scoppen Lin, selama 20 tahun pihaknya komited untuk meneroka teknologi canggih bagi memenuhi keperluan pencinta sukan.

“Garmin sudah pun bertapak kukuh dalam segmen gajet kecergasan termasuk buat pelari.

“Pada masa sama kami membangunkan peranti sukan luar dengan sistem kedudukan sejagat (GPS).

“Bermula pada 2003, siri pertama Garmin Forerunner, Forerunner 201 telah diperkenalkan.

“Ia kemudian menjadi antara model termoden pada zamannya serta jam tangan kecergasan dengan GPS yang pertama di dunia,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Tambahnya lagi, idea bagi siri Forerunner tercetus daripada jurutera Garmin, Claudette Stevenson semasa beliau melakukan ujian unit GPS mendaki gunung yang diikat pada tangannya.

Ujarnya, idea itu kemudian dikembangkan dan membawa kepada evolusi siri Forerunner pada 2008, (Forerunner 405), 2009 (Forerunner 310XT), 2011 (Forerunner 910XT), 2013 (Forerunner 220 dan 620), 2014 (Forerunner 920XT), 2015 (Forerunner 235), dan 2022 (Forerunner 255 dan 955).

Sempena ulang tahun ke-20, Garmin memperkenalkan model baharu dalam siri Forerunner iaitu Forerunner 265 dan 965.

Kongsi Lin lagi, siri Forerunner 265 dan 965 merupakan jam tangan pintar GPS pertama di dunia.

Ujarnya, ia direka bagi membantu pelari menggunakan data yang tepat dan canggih untuk berlatih dengan selamat, mencapai prestasi terbaik peribadi serta tahap baharu.

Jam tangan Forerunner 265 dan 965 merupakan siri terbaharu Forerunner yang dilancarkan baru-baru ini.

“Model baharu ini direka bagi memberikan analisis data yang tepat dan menjejaki kedudukan pelari.

“Pada masa sama, ia menganalisis data termasuk jarak, kelajuan, peningkatan ketinggian serta kadar denyutan jantung, oksigen darah dan banyak lagi.

“Dihasilkan untuk pelari oleh pelari, siri Forerunner 965 dan 265 direka khas dalam kedua-dua bentuk dan fungsi untuk membantu atlet merancang, menyediakan, melaksanakan serta berhubung dengan lebih baik,” ujarnya.

Forerunner 965 dilengkapi dengan bezel titanium, paparan AMOLED 1.4 inci dan hayat bateri yang menakjubkan sehingga 23 hari pada mod jam pintar.

Ia juga memegang rekod hayat bateri terpanjang di dunia untuk jam tangan berjalan dengan paparan AMOLED.

Jam tangan Forerunner 965 juga dilengkapi dengan ciri Stamina dan Nisbah Beban Kerja Kronik Akut untuk menjejak dan membantu pengguna menguruskan tenaga fizikal.

Selain itu, ia membantu mengelakkan ‘bonking’ dan menentukan beban latihan keseluruhan .

Forerunner 265 pula didatangkan dengan lensa Ground Gorilla Glass 4, dengan pilihan paparan AMOLED 1.3 inci dan menampilkan hayat bateri sehingga 13 hari.

Ia juga didatangkan dengan siri S (Forerunner 265S) yang menampilkan paparan AMOLED 1.1 inci dan hayat bateri sehingga 15 hari.

Forerunner 265 dilengkapi alat pemantauan prestasi daripada Garmin Firstbeat Analytics seperti VO2 max, keadaan prestasi, kesan latihan dan banyak lagi.

Untuk memastikan bahawa produk Garmin dapat mengikuti rejimen latihan pengguna, ia telah melalui pelbagai ujian ekstrem untuk mensimulasikan senario penggunaan kehidupan sebenar.

Ini termasuk ujian suhu rendah dan tinggi, ujian tekanan 10 bar, pengesanan pecutan ujian, ujian altimeter, ujian jatuh berulang, ujian kitaran memakai jalur jam dan macam-macam lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI