fbpx

Tempoh reman suspek kes rogol disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Lelaki yang ditahan selepas dipercayai terlibat kes rogol seorang wanita di sebuah rumah di Fair Park di sini pada Selasa lalu, disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, permohonan reman itu dibuat selepas tempoh reman selama tujuh hari ke atas lelaki berusia 43 tahun itu berakhir hari ini.

Katanya, lanjutan tempoh reman itu bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan ke atas suspek di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Permohonan tahanan reman ke atas suspek dibenarkan selama enam hari sehingga Isnin depan,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita tempatan berusia 38 tahun ditemukan orang awam dalam keadaan trauma dan menangis di tepi Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park pada pukul 9.15 pagi.

Wanita yang disyaki mangsa rogol itu juga mengalami luka di kaki dipercayai akibat terjun dari tingkat satu rumahnya ketika menyelamatkan diri.

Susulan penemuan mangsa, tangkapan dilakukan ke atas suspek di rumah wanita terbabit yang membawa kepada rampasan senjata seperti gunting, pisau dan kuku kambing.

Semakan rekod kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai beberapa rekod bersabit kes narkotik manakala ujian saringan air kencing pula positif dadah jenis methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI