fbpx

Singapura kecam Richard Branson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRANSON menghadiri tayangan perdana filem Room di Bandar Raya New York pada 29 November 2022. – AFP

SINGAPURA – Pemerintah Singapura hari ini mengkritik bilionair Britain, Richard Branson  kerana berkata bahawa ‘pihak berkuasa mungkin akan membunuh seorang lelaki yang tidak bersalah’ berhubung kanabis seberat 1 kilogram.

Warga Singapura, Tangaraju Suppiah, 46, dijadual menjalani hukuman gantung esok selepas didapati bersalah berkomplot menyeludup 1,017.9 gram kanabis iaitu dua kali ganda daripada jumlah maksimum yang membawa kepada hukuman mati di pulau itu.

Branson selaku anggota Suruhanjaya Dasar Dadah Global berpangkalan di Geneva, telah menggesa Singapura supaya menangguhkan hukuman tersebut. Katanya, Tangaraju ‘tidak berada berdekatan’ dadah terbabit semasa dia ditangkap. 

Beliau memberi amaran bahawa Singapura mungkin menghukum mati seorang lelaki yang tidak bersalah.

“Itu tidak benar,” kata Kementerian Dalam Negeri Singapura dalam satu kenyataan sambil menambah, kesalahan Tangaraju telah dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Menurutnya, Branson tidak menghormati sistem kehakiman dan jenayah Singapura berikutan  tuduhannya.

Hukuman mati tersebut adalah yang pertama dalam tempoh enam bulan dan ke-12 sejak tahun lalu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI