fbpx

Washington taja gencatan senjata 3 hari di Sudan sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk bersiap sedia menaiki bas dari Khartoum ke zon selamat di tengah-tengah pertempuran kelmarin. – AFP

KHARTOUM – Persetujuan gencatan senjata selama 72 jam di Sudan berjaya dicapai dan mula berkuat kuasa hari ini,  10 hari selepas pertempuran di  ibu negara, Khartoum menyaksikan beratus-ratus orang terbunuh dan ribuan yang lain cedera.

“Pihak  bertelagah iaitu Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) bersetuju melaksanakan gencatan senjata selepas sesi rundingan yang tegang,” kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS),  Antony Blinken dalam satu kenyataan.

 Gencatan senjata itu ditaja oleh Washington.

Rundingan gencatan senjata sebelum ini gagal, namun  SAF dan RSF  akhirnya mengesahkan bersetuju untuk menghentikan pertempuran selama tiga hari.

“Selepas sesi rundingan  yang tegang selama 48 jam, SAF dan RSF  bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di seluruh negara bermula tengah malam 24 April, untuk tempoh 72 jam,” kata Blinken.

Dalam pada itu, RSF dalam satu kenyataan di laman Twitter berkata, gencatan senjata itu diharap dapat mewujudkan koridor kemanusiaan.

“Ia bagi membolehkan penduduk mendapat akses sumber asas, penjagaan kesihatan dan pergi ke zon selamat. Dalam masa sama, genjatan senjata ini bagi melaksanakan misi memindahkan para diplomat luar,” kata RSF.

Sementara itu, SAF dalam kenyataan di Facebook pula berkata, pihaknya akan mematuhi gencatan senjata itu dengan syarat, musuhnya itu  melakukan perkara serupa.

Sehingga kini, pertempuran antara SAF dan RSF itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 427 orang serta mencederakan lebih 3,700 yang lain, demikian menurut  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI