fbpx

Gempa bumi: Gegaran turut dirasai di negeri Pantai Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi gempa bumi yang berlaku di Indonesia awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran akibat gempa bumi kuat melanda Indonesia pada awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ini selepas gempa bumi bermagnitud 7.0 melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 4 pagi tadi.

Gempa bumi kuat tersebut berjarak 85 kilometer (km) Barat Laut dari Siberut,Indonesia dan berkedalaman 49 km.

Walaubagaimanapun jelas MetMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI