fbpx

Hilang kawalan, terbabas langgar kenderaan lain sebelum terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Louis Dorall di akaun TikToknya

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengalami cedera ringan setelah kereta dipandunya hilang kawalan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di akaun TikTok, Louis Dorall pada pukul 12.15 pagi menunjukkan lokasi kejadian kemalangan.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku di Lebuhraya NKVE dari arah Lebuh Raya Duta- Ulu Kelang (Duke) menghala ke Tol Duta.

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semalam pada pukul 11.55 malam melibatkan kenderaan jenis Toyota Avanza yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun.

“Pemandu hilang kawalan lalu terlanggar batu penghadang di bahu kiri jalan sebelum berpusing melanggar sisi kiri sebuah kenderaan jenis Honda Civic yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 40 tahun.

“Kereta Toyota Avanza itu kemudian terbalik di bahu kanan jalan akibat daripada pelanggaran itu manakala pemandu Honda Civic terus bergerak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, ujar Eng Lai, pemandu Toyota Avanza tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, diminta menghubungi JSPT Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-20719999 atau hotline Trafik Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 mana-mana balai polis yang berdekatan.

Terdahulu, tular di media sosial seorang penunggang motosikal yang memuat naik video kemalangan memperlihatkan sebuah kereta yang terbalik di atas jalan raya.

Di dalam video itu, penunggang motosikal bertindak untuk mengawal lalu lintas sementara menunggu pihak berkuasa tiba kerana tiada pemilik kenderaan kelihatan di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI