fbpx

F1: Russell gembira W14 mula dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSSELL berharap Mercedes akan kembali memberikan saingan selepas jentera mereka bakal mengalami proses penambahbaikan. – AFP

BRACKLEY – Pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas, George Russell memuji prinsipal pasukan itu, Toto Wolff selepas beliau mengumumkan rancangan untuk menaik taraf jentera W14 bermula di Grand Prix (GP) Azerbaijan hujung minggu ini.

Pasukan dari Jerman itu enggan menunggu lama bagi meningkatkan kemampuan jentera pada saingan musim ini bagi mengejar dan memberi cabaran kepada pasukan Red Bull yang dilihat sukar digugat ketika ini.

Justeru, Russell menyambut baik pengumuman yang dilakukan Wolff baru-baru ini kerana dia percaya Mercedes masih mampu untuk mengejar serta bersaing merebut kejuaraan dunia bagi saingan 2023.

“Beliau (Wolff) adalah ­individu yang sangat penting dalam ­karier saya. Apa yang pasti, Wolff ­seorang yang sangat bijak, ­memiliki karisma serta mengambil berat tentang prestasi pasukan.

“Saya yakin beliau juga akan menjadi orang penting dalam kebangkitan Mercedes selepas kami bergelut sebelum ini. Wolff sentiasa dianggap sebagai ketua yang selalu memberi motivasi kepada pasukan,” katanya.

Terdahulu, Wolff menyatakan Mercedes sudah bersedia untuk menaik taraf jentera dalam beberapa perlumbaan akan datang, namun beliau turut meminta peminat supaya tidak mengharap­kan kejayaan segera.

“Kami akan naik taraf jentera secara konsisten dalam beberapa perlumbaan selepas ini, jadi saya tidak sabar untuk melihat hasilnya. Bagaimanapun, jangan letak harapan terlalu tinggi ke­rana proses ini perlu mengambil masa,” ujar Wolff. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI