fbpx

‘Lebih baik tak balik kampung jika tidur inap desa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOLONGAN perantau lebih memilih untuk menginap di hotel mahupun inap desa kerana mahukan keselesaan dan privacy. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan sebahagian perantau memilih untuk menyewa inap desa mahupun hotel pada Hari Raya Aidilfitri disifatkan merencatkan suasana sambutan hari kemenangan berkenaan.

Bagi pesara tentera, Abdul Ghani Ishak, 69, hari raya merupakan satu masa yang paling ditunggu-tunggu ibu bapa bagi mengumpulkan kesemua anak-anaknya di rumah.

Katanya, tinggal di inap desa mahupun hotel secara tidak langsungnya akan membunuh suasana hari raya itu sendiri.

“Kalau balik tapi tinggal di hotel saya rasa baik tak payah balik. Mungkin anak-anak kita ini dia tidak merasa lagi mempunyai anak-anak yang sudah berkahwin dan tinggal jauh dari mereka.

“Saya sendiri kalau ada anak saya yang balik rumah mentua mereka pada hari raya, saya sudah terasa kesunyian. Ini balik ke kampung sendiri tetapi tinggal di hotel apa guna balik kampung? Duduk sekali dengan orang tua, buat persiapan yang patut,” jelasnya.

Kata bapa kepada tujuh orang anak itu, suasana hari raya ketika ini sudah berubah jika diban­dingkan dengan suasana ketika zaman mudanya dahulu.

“Tiada masalah rumah kecil atau tidak muat. Suasana malam raya paling seronok apabila kita bersembang dengan adik beradik kita, tanya masalah dan bergurau senda.

“Kita lihat raut wajah ibu ayah kita lain walaupun mereka penat melayan anak cucu, nampak mereka puas hati. Namun sekarang berbeza, ada sahaja alasan anak menantu.

Sementara itu, bagi Mohd. Faizu Yusoff, 44, soal aurat amat penting apabila anak-anak semakin membesar dan seharus­nya dijaga mengatasi adat dan tradisi masyarakat.

“Sekarang orang cakap jadi ‘trend’ bila balik raya nak tidur di homestay atau hotel. Bukan itu sahaja, ada juga yang yang perli, sombong nak tidur luar saja, orang dulu boleh saja meriah tidur ramai-ramai di ruang tengah, walaupun keluarga besar.

“Kita kena lihat, kalau rumah itu kecil berbanding jumlah ahli keluarga yang ramai, sampai lelaki dan perempuan tidur dekat ruang tamu tak cukup bilik.

“Bagi yang mampu, tiada masalah untuk tinggal di hotel, bagi peluang adik beradik lain tidur di rumah ibu bapa.

“Yang jadi masalah apabila duduk di hotel dan tidak mahu bercampur serta cari peluang untuk hanya berehat di hotel, itulah punca orang tua akan mula naik angin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI