fbpx

Kesan perang AS-China lebih teruk daripada Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) berkumpul ketika latihan diadakan di kawasan pergunungan di wilayah Xinjiang pada 4 Januari 2021. - AFP

WASHINGTON – Seorang pakar pertahanan memberi amaran bahawa perang antara Amerika Syarikat (AS) dan China sekiranya berlaku, boleh mengakibatkan kesan jauh lebih buruk berbanding semasa pandemik Covid-19, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Penganalisis dasar luar negara, Dr. Alan Mendoza mengecam Barat kerana tidak melakukan usaha mencukupi untuk bersedia menghadapi kemungkinan bagi satu lagi ‘wabak’ atau konflik global.

Menurut Mendoza, risiko perang AS-China ke atas Taiwan boleh mengakibatkan kejutan ekonomi ‘seismik’ yang berisiko mengganggu rantaian bekalan penting sehingga mencetuskan inflasi besar-besaran serta menyebabkan kekurangan bekalan.

Pakar-pakar sebelum ini memberi amaran bahawa Taiwan berada pada ‘titik pertembungan’ di tengah-tengah hubungan AS-China yang semakin merosot.

Taiwan adalah kuasa besar global dalam pengeluaran semikonduktor di mana bahan itu digunakan dalam hampir setiap bahagian kehidupan moden termasuk pembuatan telefon pintar dan kereta.

Menurut Mendoza, perang tersebut boleh mengakibatkan gangguan  ketara dalam rantaian bekalan dan menjejaskan penghasilan komponen penting secara signifikan.

“Realitinya adalah segala-galanya sangat rapuh pada rantaian bekalan. Walaupun sedikit kelewatan, ia akan mengakibatkan tindak balas seismik di seluruh dunia.

“Semasa Covid-19, setiap negara cuba menyelesaikannya (masalah rantaian) tetapi tidak pernah ada kekurangan sepenuhnya pada bekalan. 

“Keadaan itu berbeza dalam peperangan kerana bekalan tidak dapat disalurkan jika Taiwan diserang,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI