fbpx

Tauke raih ‘durian runtuh’, 490 kg rempah Aidilfitri terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman menunjukkan sebahagian rempah jualan di kedainya di Sura Gate, Dungun baru-baru ini.

DUNGUN – Kehadiran bulan Ramadan dan Syawal pada tahun ini memberi ‘durian runtuh’ buat seorang pengusaha rempah selepas dia mampu meraih rezeki berlipat kali ganda.

Abdul Rahman Sini Mohamed, 52, berkata, sebanyak 490 kilogram rempah yang terdapat dipremisnya di Sura Gate di sini berjaya dijual hanya dalam tempoh tujuh hari iaitu pada minggu terakhir bulan Ramadan.

“Alhamdulillah, ramai yang datang dan membuat tempahan pelbagai jenis rempah ratus untuk dijadikan bahan membuat juadah raya.

“Secara kasarnya, saya mampu meraih pendapatan kira-kira RM14,000 dalam tempoh ber­kenaan.

“Dalam tempoh tiga minggu pertama bulan Ramadan, sebanyak 25 kilogram rempah habis terjual, manakala pada bulan-bulan lainnya, saya hanya mampu menjual kira-kira lima kilogram,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Abdul Rahman berkata, kedai berusia 40 tahun yang diwarisi daripada arwah bapanya itu menyediakan lebih 20 jenis rempah yang dihasilkannya sendiri bersama isterinya, Rodziba Omar,42.

Jelas bapa kepada empat anak itu, antara rempah warisan keluarganya itu adalah rempah sate, kari kambing, nasi arab, nasi dagang, nasi bukhara, rempah ayam goreng, rempah kari ayam dan gulai daging.

“Kami mengacik, mengisar dan mengadun sendiri rempah-rempah terbabit. Kuantiti rempah perlulah sepadan dengan bahan mentah yang hendak dimasak, barulah enak masakannya,” katanya.

Salah seorang pelanggan, Ramlah Ismail, 56, berkata, rempah yang dijual di premis Abdul Rahman merupakan kegemaran keluarganya terutama pada musim perayaan.

Katanya, antara rempah yang kerap dibeli di kedai Abdul Rahman ialah gulai, kari dan nasi beriani.

“Rasa rempah jualannya berbeza dengan kedai-kedai lain. Biasanya rasa juadah yang dimasak dengan rempah tersebut enak dan belum pernah mengecewakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI