fbpx

Elly Mazlein bersederhana, sedar populariti tak kekal lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY MAZLEIN

PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon Elly Mazlein sering mengingatkan diri agar sentiasa merendah diri meskipun berada di puncak populariti ketika ini.

Menurut Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 42, peringatan tersebut diterapkan dalam dirinya kerana percaya posisi yang dipegangnya ketika ini tidak akan kekal lama.

“Saya sentiasa mengamalkan konsep bersederhana, beringat dan tanam diri bahawa satu hari nanti tempat ini akan diambil alih orang lain.

“Hidup kita ini ibarat roda. Jadi apabila berada dalam satu posisi selesa, rasai dan nikmatinya sebelum diganti oleh orang lain,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Katanya yang popular menerusi drama Kampung People, perkara tersebut adalah perlu diingatkan pada dirinya bagi mengelak berasa kecewa sekiranya reputasi jatuh satu hari nanti.

“Kalau fikir begitu, insya-Allah kita tak akan sakit (jika reputasi jatuh) sebab kita sentiasa realiti sebab tempat kita akan sentiasa di ambil alih.

“Sebab itu saya selalu ingatkan diri sendiri mengenainya sebab momen ini tidak akan kekal lama,” ujarnya yang menyambut Aidilfitri selama lima hari di kampung halaman suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh di Kelantan.

Mengimbau semula, kerjaya Elly atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Lina Pom Pom dalam bidang pengacaraan semakin menyinar selepas menjadi pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan bersama Nabil Ahmad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI