fbpx

Pelajar Tingkatan 6 maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Kancil yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Gaung – Teris berhampiran Kampung Tajin, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Seorang pelajar Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu maut selepas kereta Perodua Kancil dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Gaung – Teris berhampiran Kampung Tajin di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 12.55 tengah hari itu, mangsa, Nurnazifa Faizul Azman,19, cedera parah pada bahagian kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, remaja tersebut meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Hulu Terengganu (HHT) di sini pada pukul 4.30 petang kelmarin.

Beliau berkata, rakan mangsa, Hani Syuhada Azizan,19, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan kereta Perodua Kancil turut cedera dalam kemalangan tersebut.

“Empat sekeluarga berusia antara dua hingga 26 tahun yang menaiki kereta Perodua Myvi juga mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa telah dikejarkan ke unit kecemasan HHT untuk menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Hasmerra berkata, siasatan awal mendapati kereta Perodua Kancil yang dipandu Nurnazifa Faizul dari arah Kuala Berang dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

Tambah beliau, kereta Perodua Myvi dinaiki empat sekeluarga gagal mengelak lalu merempuh kereta Perodua Kancil dinaiki remaja terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI