fbpx

Trafik sesak dan perlahan di Lebuh raya KL-Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik dilaporkan tinggi dan perlahan dari arah Barat atau Kuala Lumpur sebelum Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak.

PETALING JAYA – Keadaan trafik di Lebuh raya Kuala Lumpur – Karak sesak lebih satu jam dari Bentong ke Lentang, ekoran penambahan kenderaan petang ini.

Menerusi hantaran di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia, trafik dilaporkan tinggi dan perlahan dari arah Barat atau Kuala Lumpur sebelum Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak.

“Keadaan yang sama juga turut dilaporkan sebelum terowong Genting Sempah ke Km 31 dan Kampung Sungai Dua ke Plaza Tol Bentong terus ke Lentang,” katanya.

Dalam pada itu, di Lebuh raya Plus @E2 terdapat kemalangan di KM 282.5 arah Selatan dari Nilai ke Seremban yang menyebabkan trafik perlahan.

“Trafik juga masih perlahan arah Selatan dari Jasin ke Tangkak, dari Putra Mahkota ke R&R Seremban, dari Bidor ke Slim River.

“Trafik perlahan arah Utara dari Seremban ke Nilai, dari Pedas Linggi ke Seremban, dari Slim River ke Sungkai, Rawang ke Sungai Buaya dan dari Ayer Keroh ke Pedas Linggi ekoran penambahan kenderaan,” katanya.

Menurutnya lagi, terdapat kemalangan di KM 69.1 arah Selatan dari Machap ke Simpang Renggam yang menyebabkan lorong tengah terhalang dan trafik dilaporkan bergerak perlahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI